Hang Tuah vs Hang Jebat
Cerita ini mengisahkan tentang seorang pahlawan yang bernama Hang Tuah telah datang ke istana untuk membunuh Hang Jebat. Banyak orang Melaka yang datang untuk melihat pertarungan dua orang pahlawan itu. Hang Jebat menderhaka sultan kerana menuntut bela atas kematian Hang Tuah. Hang Tuah pula hendak membunuh Hang Jebat kerana menunaikan perintah sultan. Hang Tuah akhirnya merampas keris Hang Jebat, Taming Sari dan berjaya menikam dada Hang Jebat.
Saya berpendapat bahawa Hang Jebat iaiah seorang pengkhianat kerana beliau tidak membunuhnya atas suruhan raja. Beliau menganggap bahawa suruhan raja tidak boleh diingkari walaupun suruhannya ialah untuk membunuh Hang Tuah.
Selain itu, saya berasa wajar untuk Hang Jebat dibunuh atas perbuatannya. Hal ini demikian sebagai seorang pengkhianat, Hang Jebat haruslah dibunuh kerana telah mengingkari arahan sultan tetapi sebagai seorang sahabat, Hang Tuah tidak harus membunuh Hang Jebat kerana mereka telah lama berkenalan. Akhirnya, Hang Jebat dibunuh oleh sahabatnya Hang Tuah kerana telah menderhaka sultannya.
Navin
Subscribe to:
Posts (Atom)