Wayang yang terhebat!
Filem daripada direktor, Gore Verbinski telah sekali lagi menerbitkan wayangan filem yang dikategorikan sebagai paling hangat di dunia sekarang. Filem Pirates of The Caribbean At World's End telah mula belayar ke Golden Screen Cinemas pada 24 Mei 2007 di One Utama! Seperti yang dimaklumkan, tayangan wayang ini, produksi daripada Walt Disney telah menjangkau sebanyak 400 juta US dollar! Pencapaian yang mengejutkan ini pun ada bantuan daripada bintang-bintang popular di AS. Yang pertama sekali ialah Johny Deep yang memainkan watak utama dalam filem ini iaitu Captain Jack Sparrow. Lepas itu, Orlando Bloom yang berwatak Will Turner; Keira Knightley yang berwatak Elizabeth Swann, perempuan yang 'cheeky' dan cantik belaka itu; Geoffrey Rush yang berwatak Captain Barbossa dan juga tidak ketinggalan Chow Yun-Fat, pelakon Cina yang popular di Asia Tenggara bermain sebagai Sao Feng.
Cerita ini bermula dengan sekumpulan ataupun segerombolan lanun datang berjumpa dengan Sao Feng, sebahagian ahli-ahli 'pirate lords' di Singapore -.- Tujuan kewujudan mereka di sini adalah untuk mencuri peta yang istimewa itu supaya dapat melepaskan Captian Jack Sparrow yang sekarang dikunci di dalam David Jone's Locker. Peta yang dimiliki oleh Sao Feng dikatakan dapat membawa mereka ke David Jone's Locker.
Selain itu, kapal hantu yang dahsyat, The Flying Dutchman dan David Jones telah berada di bawah kuasaan East India Trading Company. Mereka terpaksa akur kepada perintah orang English kerana mereka memiliki peti David Jones. Di dalam peti itu adalah jantung David Jones. Mereka memaksa David Jones menurut perintah mereka, jikalau tidak mereka akan meletup peti itu dengan menggunakan meriam....
Cerita ini adalah salah satu wayang yang paling saya sukai. Jalan cerita mereka adalah bagus. Cerita ini ada kaitan dengan dendam, cinta dan baik menang jahat. Elemen-elemen ini merupakan resipi yang penting dalam sesebuah filem yang bagus. Watak dan perwatakan adalah bagus juga. Latar tempat adalah bagus. Kita sebagai manusia yang selalu berada di darat dapat berpeluang melihat kekemegahan laut yang maha luas. Suasana yang segar dapat diselit ke dalam sistem saraf kita dan menatijahkan kita berasa selesa dan aman. Seperkara lagi, cerita ini mempunyai persoalan yang menarik. Persoalan itu ialah setiap orang haruslah membuat pilihan mereka demi kesejahteraan hidup sendir i. Akhirnya, Jack Sparrow bercadang menikam jantung David Jones dan menjadi pemerintah yang agung di laut. Will Turner ingin merampas The Black Pearl, kapal yang paling cepat di dunia untuk menyelamatkan ayahnya yang masih di bawah hutang David Jones. Malah Norrington mengkhianati East India Trading Company dan menyelamat Elizabeth yang ditangkap di kapal The Flying Dutchman.


Elizabeth Swann