Machu Picchu, Picchu Machu???

0 comments

Machu Picchu

'The Seven Wonders of the World' yang baru telah dipilih oleh 20 juta orang dari seluruh dunia. Sekarang ada jumlah 21 temapat yang dikategori sebagai 'The Seven Wonders of the World'. Easter Castle (Chile), Machu Picchu (Peru), Chichen Itza (Mexico), Statue of Liberty (U.S.A), Neuschwanstein Castle (Germany), Alhambra (Spain) dan akhir sekali Eiffel Tower (France) merupakan 'The Seven Wonders of the World' yang baru sekarang.

Machu Picchu (Old Peak) yang juga dikenali sebagai 'The Lost City of Incas' merupakan sebuah bandar Inca yang telah hilang atau dilupakan selama beberapa tahun. Ia terletak sebanyak 2,430m dari atas paras laut di atas gunung di Urubamba Valley, Peru. Bandar misteri ini dibina pada tahun 1450 dan telah ditinggalkan selama 100 tahun gara-gara kejatuhan empire di atas tangan Sepanyol. Akan tetapi, bandar ini tidak dijumpai dan dimusnahkan oleh Seponyol kerana letaknya kedudukan yang strategik. Pada 7 July 2007, Machu Picchu telah dipilihnya sebagai 'The Seven Wonders of The World' yang baru. Jadi soalnya, mengapakah bandar ini menjadi tarikan ramai pelancong dari seluruh dunia??

Pertama sekali, adalah sukar untuk dipercayai bahawa Machu Picchu dibina di puncak gunung, Urumba Valley pada zamun dahulu dan altitudnya adalah luar biasa. Jika manusia tinggal di atas sebuah gunung yang bertinggi 2,000m lebih dari atas paras laut, manusia akan menghadapi kesukaran untuk hidup di sana kerana suhu dan konsentrasi oksigennya adalah sangat rendah. Selain itu, seni bina bandar Machu Picchu juga begitu terserlah untuk menjadi minat pelancong. Orang Inca membina bandar ini dengan menggunakan batu-batan sahaja. Batu-batan ini diukir dengan saiz yang sama dan dimuatkan tanpa menggunakan lepa. Lebih-lebih lagi, pada zaman dahulu, penciptaan roda masih belum dikenali oleh orang Inca. Oleh itu, hingga ke hari ini, manusia masih tidak dapat menjelaskan bahawa bagaimana orang Inca dapat memindahkan batu-batan yang besar ke atas gunung.

Kian Min

Sambutan Hari Kemerdekaan daripada MCA

0 comments

Sekolah-sekolah dari seluruh daerah Petaling Utara telah datang sekali ke Padang Chow Yang untuk menyambut Hari Kemerdekaan ke-50 2007 pada 1 September! SMK Taman SEA, SMK Damansara Utama, SMK Damansara Jaya, SRJK (c) Yuk Chai, SK Taman SEA dan banyak lagi telah berada di padang yang megah sekali pada pukul 6.30 pagi. VVIP, YB Datin Paduka Chew Mei Fun dan YB Datuk Ong Ka Ting juga datang untuk sama-sama menyambut hari kemerdekaan dengan kami. Lebih-lebih lagi, guru saya Pn. Hanim telah datang juga bersama dengan anaknya. Program yang mereka ada di sana adalah perarakan, nyanyian lagu-lagu patriotik, senaman aerobik dan lain-lain.

Kian Min
YB Dato Ong Ka Ting sedang menyampaikan ucapan

Peserta-peserta dari sekolah lain

Cikgu saya, Pn Hanim

Wayang yang terhebat!

0 comments

Filem daripada direktor, Gore Verbinski telah sekali lagi menerbitkan wayangan filem yang dikategorikan sebagai paling hangat di dunia sekarang. Filem Pirates of The Caribbean At World's End telah mula belayar ke Golden Screen Cinemas pada 24 Mei 2007 di One Utama! Seperti yang dimaklumkan, tayangan wayang ini, produksi daripada Walt Disney telah menjangkau sebanyak 400 juta US dollar! Pencapaian yang mengejutkan ini pun ada bantuan daripada bintang-bintang popular di AS. Yang pertama sekali ialah Johny Deep yang memainkan watak utama dalam filem ini iaitu Captain Jack Sparrow. Lepas itu, Orlando Bloom yang berwatak Will Turner; Keira Knightley yang berwatak Elizabeth Swann, perempuan yang 'cheeky' dan cantik belaka itu; Geoffrey Rush yang berwatak Captain Barbossa dan juga tidak ketinggalan Chow Yun-Fat, pelakon Cina yang popular di Asia Tenggara bermain sebagai Sao Feng.

Cerita ini ber
mula dengan sekumpulan ataupun segerombolan lanun datang berjumpa dengan Sao Feng, sebahagian ahli-ahli 'pirate lords' di Singapore -.- Tujuan kewujudan mereka di sini adalah untuk mencuri peta yang istimewa itu supaya dapat melepaskan Captian Jack Sparrow yang sekarang dikunci di dalam David Jone's Locker. Peta yang dimiliki oleh Sao Feng dikatakan dapat membawa mereka ke David Jone's Locker.

Selain itu, kapal hantu yang dahsyat, The Flying Dutchman dan David Jones telah berada di bawah kuasaan East India Trading Company. Mereka terpaksa akur kepada perintah orang English kerana mereka memiliki peti David Jones. Di dalam peti itu adalah jantung David Jones. Mereka memaksa David Jones menurut perintah mereka, jikalau tidak mereka akan meletup peti itu dengan menggunakan meriam....

Cerita ini adalah salah satu wayang yang paling saya sukai. Jalan cerita mereka adalah bagus. Cerita ini ada kaitan dengan dendam, cinta dan baik menang jahat. Elemen-elemen ini merupakan resipi yang penting dalam sesebuah filem yang bagus. Watak dan perwatakan adalah bagus juga. Latar tempat adalah bagus. Kita sebagai manusia yang selalu berada di darat dapat berpeluang melihat kekemegahan laut yang maha luas. Suasana yang segar dapat diselit ke dalam sistem saraf kita dan menatijahkan kita berasa selesa dan aman. Seperkara lagi, cerita ini mempunyai persoalan yang menarik. Persoalan itu ialah setiap orang haruslah membuat pilihan mereka demi kesejahteraan hidup sendir i. Akhirnya, Jack Sparrow bercadang menikam jantung David Jones dan menjadi pemerintah yang agung di laut. Will Turner ingin merampas The Black Pearl, kapal yang paling cepat di dunia untuk menyelamatkan ayahnya yang masih di bawah hutang David Jones. Malah Norrington mengkhianati East India Trading Company dan menyelamat Elizabeth yang ditangkap di kapal The Flying Dutchman.

Watak yang paling saya gemari sudah tentu ialah Captain Jack Sparrow. Perwatakan beliau dapat mengelitkan hati saya semasa menonton lako nan beliau. Beliau berupaya memancing setiap perhatian penonton. Umpamanya, krew Jack Sparrow telah meninggalkan beliau di pelabuhan bersama dengan pembantunya, Gibbs. Akan tetapi, beliau selalu tidak akan meninggalkan 'harta benda' beliau. Akhirnya, beliau memotong satu lubang pada peta yang isitimewa itu dan memulakan perjalanan yang baru dengan bantuan kompasnya.

Captain Jack Sparrow Will Turner
Elizabeth Swann

Kian Min=)


Projek Hamper

0 comments

Sebagaimana yang kita tahu, Projek Hamper merupakan sebuah program yang bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar. Sebagai contoh, nilai Kasih Sayang merupakan nilai utama dalam program ini. Dengan penerapan nilai ini, pelajar-pelajar bukan sahaja akan menunjukkan Kasih Sayang terhadap rakan-rakan dan keluarga mereka, malah, golongan-golongan yang kurang bernasib baik. Selain itu, pelajar-pelajar menyedari kepentingan semangat bekerjasama. Ini merujuk kepada situasi di mana pelajar-pelajar berusaha membuat hamper-hamper untuk menjayakan program ini. Bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

509 hamper!
Pada pendapat saya, Projek Hamper ini dapat dimeriahkan lagi dengan menjemput lebih banyak rumah kebajikan. Selain itu pelajar-pelajar harus bekerjasama menghasilkan lebih banyak hamper. Sesungguhnya, Projek Hamper ini harus diadakan secara besar-besaran. Projek Hamper ini juga harus diadakan di semua sekolah di seluruh pelosok dunia bagi melatih golongan muda kini supaya tidak hanya mementingkan diri sendiri.
Wakil-wakil dari rumah-rumah
kebajikan menerima hamper

-Dasxyz-

Apakah elemen penulisan karangan yang Berkesan???

0 comments

Gunakanlah TIP!(tujuan, isi dan pembaca). Lazimnya, kita menulis untuk menyampaikan sesuatu isi atau mesej kepada pembaca bagi mencapai sesuatu tujuan. Untuk mencapai sesuatu hasrat,
TIP adalah sangat penting kerana ia dapat menjadikan penulisan anda lebih berfokus.

TUJUAN-Apakah tujuan atau mesej yang ingin disampaikan?
PEMBACA-Siapakah pembaca sasaran?
ISI-Apakah isi yang dapat menyampaikan tujuan atau mesej yang ingin disampaikan?

Minggu Bahasa

0 comments

Dalam minggu bahasa, kelas 4 Bunga Raya telah dipilih membuat persembahan drama "Penunggu Pusaka". Cerita ini mengisahkan tentang......(sudah lupa=.=)sila lihat gambar untuk mendapat jawapan anda.=)

Hang Tuah vs Hang Jebat

0 comments

Cerita ini mengisahkan tentang seorang pahlawan yang bernama Hang Tuah telah datang ke istana untuk membunuh Hang Jebat. Banyak orang Melaka yang datang untuk melihat pertarungan dua orang pahlawan itu. Hang Jebat menderhaka sultan kerana menuntut bela atas kematian Hang Tuah. Hang Tuah pula hendak membunuh Hang Jebat kerana menunaikan perintah sultan. Hang Tuah akhirnya merampas keris Hang Jebat, Taming Sari dan berjaya menikam dada Hang Jebat.


Saya berpendapat bahawa Hang Jebat iaiah seorang pengkhianat kerana beliau tidak membunuhnya atas suruhan raja. Beliau menganggap bahawa suruhan raja tidak boleh diingkari walaupun suruhannya ialah untuk membunuh Hang Tuah.

Selain itu, saya berasa wajar untuk Hang Jebat dibunuh atas perbuatannya. Hal ini demikian sebagai seorang pengkhianat, Hang Jebat haruslah dibunuh kerana telah mengingkari arahan sultan tetapi sebagai seorang sahabat, Hang Tuah tidak harus membunuh Hang Jebat kerana mereka telah lama berkenalan. Akhirnya, Hang Jebat dibunuh oleh sahabatnya Hang Tuah kerana telah menderhaka sultannya.

Navin