Projek Hamper

Sebagaimana yang kita tahu, Projek Hamper merupakan sebuah program yang bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar. Sebagai contoh, nilai Kasih Sayang merupakan nilai utama dalam program ini. Dengan penerapan nilai ini, pelajar-pelajar bukan sahaja akan menunjukkan Kasih Sayang terhadap rakan-rakan dan keluarga mereka, malah, golongan-golongan yang kurang bernasib baik. Selain itu, pelajar-pelajar menyedari kepentingan semangat bekerjasama. Ini merujuk kepada situasi di mana pelajar-pelajar berusaha membuat hamper-hamper untuk menjayakan program ini. Bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

509 hamper!
Pada pendapat saya, Projek Hamper ini dapat dimeriahkan lagi dengan menjemput lebih banyak rumah kebajikan. Selain itu pelajar-pelajar harus bekerjasama menghasilkan lebih banyak hamper. Sesungguhnya, Projek Hamper ini harus diadakan secara besar-besaran. Projek Hamper ini juga harus diadakan di semua sekolah di seluruh pelosok dunia bagi melatih golongan muda kini supaya tidak hanya mementingkan diri sendiri.
Wakil-wakil dari rumah-rumah
kebajikan menerima hamper

-Dasxyz-

No comments: